Tahukah anda?
- Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat
mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah
rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya
anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh
mengajarkannya kepada anak-anak anda .
- Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang
dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan
mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
- Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain
penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain
Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang
ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu
Al-Jazeera.
- Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa
Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan
Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan
doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan
fardu kifayah ke atas semua umat islam.
- Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam
Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui
makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk
menjadikan solat kita lebih khusyuk!
RUJUKAN :
- Kembara Da'ie : Kaedah Mengajar Bahasa Arab
- Mari Belajar Bahasa Arab
- Seminar Cara Mempelajari Bahasa Arab
- Mari Mengenal Warna Dalam Bahasa Arab
- Bahasa Arab Bahasa Syurga
- Mutiara Kata
No comments:
Post a Comment